Advertising
Penemuan ‘Maguire’ Malaysia Berlaku Di England
MakanBola
Peterborough United

Malaysia berpotensi memiliki pertahanan sekebal Harry Maguire untuk bersama Harimau Malaya.

Laman Frfuturetalents baru-baru ini telah mengeluarkan satu senarai panjang berkenaan pemain yang berpotensi mewakili Harimau Malaya.

Ad

Antara pemain yang disebut-sebut ialah Josh Brownhill, Zien Flemming dan juga Iggy Houbem sekaligus mengundang rasa teruja dalam kalangan penyokong.

Ad

Perkembangan terbaru menyaksikan Malaysia berpotensi memiliki seorang pertahanan tinggi lampai yang beraksi di England bersama Peterborough United iaitu Emmanuel Fernandez.

Pemain berusia 23 tahun itu dikatakan memiliki pertalian darah dengan Malaysia menerusi neneknya yang berasal dan kini masih menetap di Penang.

Ad

Beliau juga dilaporkan boleh mewakili tiga negara iaitu England, Nigeria dan Malaysia kerana memiliki pertalian darah dengan ketiga-tiganya.

Ad

Pemain ini merupakan bekas graduan Akademi Brentford telah beraksi sebanyak 16 perlawanan dan menjaringkan 4 gol di EFL League One selain memiliki ketinggian 1.98 meter.

Ad

Setakat ini, masih tiada pengesahan rasmi berhubung status pemain ini untuk memperkuat Harimau Malaya dalam masa terdekat.

Malaysia dijangka membariskan muka baharu menjelang Kelayakan Piala Asia 2027 yang bakal bermula pada Mac 2025.