Dunia
Al nassr
Advertisements

Pengaruh besar Cristiano Ronaldo dalam dunia sukan dapat dilihat sebaik saja perpindahan percumanya ke Al-Nassr dimuktamadkan. Walaupun sudah berusia 37 tahun, pengaruhnya di laman media sosial masih kekal kuat.

Advertisements

Ini dapat dilihat pada akaun Instagram Al-Nassr. Sebelum pengumuman perpindahan Ronaldo dibuat, kelab hanya mempunyai 860,000 pengikut seperti dinyatakan Jesus Alexis Gonzalez dalam ciapannya di bawah.

Tetapi semua itu berubah apabila kelab memuatnaik gambar Ronaldo memegang jersi Al-Nassr awal pagi tadi. Sebaik itu berlaku, pengikut Faris Najd kemudiannya bertambah kepada lebih 2.9 juta orang.

Advertisements

Bekas penyerang Manchester United itu sememangnya berpengaruh di laman media sosial terutama Instagram. Difahamkan dia meraih pendapatan sekitar AS$$2.39 juta untuk setiap hantaran yang ditaja.

Dia juga turut memegang rekod sebagai pemilik hantaran Instagram yang paling disukai ramai. Bagaimanapun, rekod tersebut telah dipecahkan oleh Lionel Messi susulan kejayaan Argentina menjulang Piala Dunia 2022 di Qatar.

Advertisements

Kehadiran Ronaldo dijangka membawa pulangan komersial bukan saja kepada Al-Nassr tetapi kepada Liga Pro Saudi. Ia bukan saja dari segi jualan tiket dan cenderamata tetapi juga dari segi penjualan hak penyiaran perlawanan.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram