Advertising
Penyerang Berbisa Eropah Bakal Sertai Revolusi Harimau Malaya
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Penyerang berbisa dari Eropah bakal menyertai revolusi skuad kebangsaan Harimau Malaya.

Baru-baru ini, DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Ibrahim mengesahkan bahawa telah berlakunya usaha untuk mengenal pasti sekitar 7 pemain warisan buat Harimau Malaya.

“Kami telah mengenal pasti 6-7 pemain warisan untuk pasukan Harimau Malaya. Diharapkan kerajaan Malaysia dapat membantu dalam proses mendapatkan pasport Malaysia.

Ad

“Ini agar mereka dapat bermain untuk Harimau Malaya pada kelayakan Piala Asia 2027 mulai bulan Mac ini. Mustahak Harimau Malaya memulakan kempen kelayakan dengan keputusan yang positif,” ujar DYAM Tunku Ismail di laman X.

Ad

Baginda turut memberi bayangan bahawa beberapa pemain yang beraksi pada posisi serangan berpotensi untuk mewarnai era baharu pasukan kebangsaan.

“Pertahanan tengah, pertahanan kiri, penyerang, pemain tengah, pemain tengah menyerang dan juga pemain sayap kiri.

Ad
Ad

“Kebanyakannya bermain di liga teratas Eropah. Tiada pemain dari England. Kebanyakannya dari Eropah selatan,” tambah penjelasan DYAM Tunku Ismail.

Ad

Baginda bagaimanapun masih belum mendedahkan identiti pemain yang dimaksudkan namun berharap bantuan daripada kerajaan, FAM dan juga KBS.