Penyokong Indonesia Dibenarkan Masuk Ke Stadium Gelora Bung Karno
Dunia
Gunawan Kartapranata
Advertisements

Pihak Polis Indonesia akhirnya membenarkan para penyokong Indonesia untuk memenuhi Stadium Gelora Bung Karno selepas menerima permohonan khas dari Ketua Umum PSSI, Mochamad Iriawan.

Menerusi satu surat keizinan yang dikeluarkan semalam, larangan memenuhi stadium ditarik balik khas untuk Piala AFF sekaligus menggembirakan jutaan penyokong Indonesia yang ingin melihat Timnas Indonesia beraksi dihadapan penyokong sendiri.

“Alhamdulillah, usaha keras kita meminta izin untuk menghadirkan penonton pada dua pertandingan di gelanggang sendiri membabitkan skuad senior dalam pertandingan peringkat kumpulan Piala AFF di Stadium Gelora Bung Karno, direstui pihak polis.

Advertisements

“Terima kasih kami ucapkan kepada Presiden RI Joko Widodo, Ketua Polis Indonesia, Jenderal Listyo Sigit Prabowo, Menteri Pemuda dan Olaraga, Zainudin Amali dan pihak-pihak lainnya yang telah merestui serta membantu mewujudkan keinginan dari para peminat bola sepak Indonesia,” jelas Ketua Umum PSSI, Mochamad Iriawan.

Iriawan turut berharap para penyokong dapat menjaga disiplin dan menghormati peraturan di dalam stadium agar tragedi Kanjuruhan tidak berulang.

Advertisements

“Mari kita jaga kepercayaan yang diberikan pihak polis kepada kita ini dalam menyokong Skuad Senior di SUGBK nanti. Mohon saudara-saudaraku para penyokong yang hadir untuk selalu tertib dan mengikuti aturan-aturan yang berlaku, sehingga keadaan dari awal hingga akhir berjalan lancar,” jelasnya lagi.

Timnas Indonesia berada dalam kumpulan A Piala AFF 2022 bersama Kemboja, Thailand, Filipina dan Brunei.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram