Penyokong Indonesia & Jepun Kagum Dengan Persiapan JDT Hadapi Liga Juara-juara AFC
Dunia
FDAUS.J
Advertisements

Kemenangan besar Johor Darul Ta’zim ke atas Guangzhou 5-0 dalam saingan Liga Juara-juara AFC di Stadium Sultan Ibrahim menarik perhatian rakyat Indonesia, Jepun dan beberapa negara Asia lain yang mengekori rapat perkembangan JDT.

Walaupun Guangzhou membariskan majoriti pemain muda, kemenangan JDT ini tetap dianggap sebagai satu kejayaan dan bukti persediaan rapi Harimau Selatan menghadapi kejohanan terbesar kelab di Asia tersebut.

Dalam satu pemerhatian yang dilakukan di laman YouTube AFC, terdapat ramai penyokong bola sepak dari Indonesia, Jepun dan beberapa negara Asia lain menyambut gembira kemenangan JDT dan yakin skuad kali ini mampu membawa nama Asia Tenggara di pentas Liga Juara-juara AFC.

Advertisements

“Saya melihat permainan JDT semakin dewasa setiap tahunnya dan cara mereka mempersiapkan diri untuk perlawanan Asia sangat luar biasa.

“Jadi saya tidak pelik jika JDT mampu melangkah jauh musim ini, fasiliti yang baik serta persiapan yang matang tidak mengkhianati hasil.

“Mereka (JDT) maju 2-3 langkah kehadapan berbanding mana-mana kelab Indonesia buat masa ini, tahniah buat JDT. Salam sayang dari penyokong Arema.” Jelas Ricky Bruning di YouTube AFC.

Advertisements

“Saya peminat Nagoya Grampus dan tahun lepas saya sangat tertekan dengan Johor Darul Ta’zim dalam kedua-dua perlawanan.”

“Mereka dipandang rendah kerana berada dalam liga Malaysia, tetapi mereka mungkin berada di kedudukan pertengahan dalam Liga J dan mempunyai peluang besar untuk mara ke pusingan 16. Mereka adalah RB Salzburg dari Asia.” Tambah UltraMaster (ウルトラマスタ) dari Nagoya Grampus.

Selain itu, untuk perlawanan seterusnya, JDT bakal bertemu Ulsan Hyundai, kelab dari Korea Selatan yang kini turut berhati-hati berhadapan ancaman serangan JDT yang disifatkan sebagai berbahaya.

Advertisements

Pengendali Ulsan Hyundai, Hong Myung Bo mengarahkan anak buahnya agar menjaga ketat barisan serangan JDT.

“Kami perlu memberi tumpuan kepada bahagian serangan (JDT) terutama duo serangan mereka (Bergson dan Forestieri) yang kini berada di prestasi terbaik apabila berjaya menjaringkan gol pada perlawanan pertama.” Jelas Hong Myung Bo semasa sesi sidang media di Johor Bahru.

JDT bakal bertemu Ulsan Hyundai pada Isnin (18 April) dan Kawasaki pada Khamis (21 April) di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram