Penyokong Spartak Moscow Terkejut Dengan Corak Permainan JDT
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

“Mereka mempunyai semangat juara dan tidak bercakap kosong. Syabas rakyat Malaysia (JDT), Spartak masih berada di kondisi yang kurang baik.”

Ini antara kata-kata penyokong Spartak Moscow, Alexander sejurus tamat perlawanan perhabatan menemukan bekas pasukan pertahanan import JDT, Mauricio dos Santos, Spartak Moscow dan Johor Darul Ta’zim yang berkesudahan seri 1-1.

Menurutnya pasukannya tidak bermain dengan baik pada separuh masa pertama kerana pemain yang diturunkan bukan pemain utama namun selepas pemain utama diturunkan pada separuh masa ke-2, Spartak Moscow beraksi semakin buruk.

Advertisements

Beliau turut memuji Johor Darul Ta’zim yang beraksi dengan penuh semangat dan menunjukkan aksi sang juara.

“Lebih baik kita beli je semua pemain Malaysia (yang beraksi baik), sekurang-kurangnya mereka berjuang dalam perlawanan ini,” tambah Alexander.

Dalam siri jelajah pemanas badan UAE 2022, skuad Benjamin Mora berjaya memperoleh 1 kemenangan, 3 seri dan 1 kekalahan dan penyokong JDT rata-ratanya berpuas hati dengan aksi pemain JDT menghadapi musim baru 2022.

Advertisements

Foto Johor Southern Tigers

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram