Tumpuan terarah kepada perkembangan nilai pasaran dua tonggak handalan Malaysia, Arif Aiman dan Faisal Halim.
Kedua-dua pemain ini menjadi antara pemain tempatan paling berbisa sejak beberapa musim kebelakangan ini.
Faisal cemerlang bersama Selangor FC yang kini yang masih belum tewas dalam 12 perlawanan berturut-turut sejak di bawah kendalian Kim Pan-gon.
Rekod prestasi semasa tonggak berusia 28 tahun ini juga cemerlang selepas menjaringkan 22 gol dalam kesemua kejohanan yang diharungi musim ini.
Sementara itu, Arif Aiman Hanapi kini dalam proses pemulihan untuk kembali ke padang susulan kecederaan.
Tonggak berusia 24 tahun itu berehat sejak November tahun lalu susulan kecederaan ketika membantu pasukan kebangsaan beraksi di Kelayakan Piala Asia 2027.
Kemas kini nilai pasaran oleh laman Transfermarkt menunjukkan saham Faisal Halim kini mencecah 350,000 Euro (RM1.6 Juta).
Sementara itu, Arif yang merupakan penyandang Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia cemerlang dengan nilai pasaran sekitar 700,000 Euro (RM3.3 Juta).
Jurang nilai pasaran kedua-dua pemain ini mencecah RM1.7 Juta namun menjadi sandaran utama pasukan kebangsaan dan kelab masing-masing.
Arif bagaimanapun dijangka terlepas aksi suku akhir Liga Juara-Juara Elit Asia (ACLE) bersama JDT susulan kecederaan sungguhpun dibawa bersama pasukan ke Jeddah.