Piala Belia: FAM Letak Status Bersyarat Kepada KL City & Terengganu?
MakanBola
Terengganu FC

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) didakwa meletakkan status penyertaan bersyarat kepada Kuala Lumpur City FC (KL City FC) dan Terengganu FC untuk saingan Piala Belia dan Piala Presiden 2026.

Ini selepas akaun Youth Football Malaysia memuat naik foto didakwa surat FAM berhubung senarai pasukan yang akan menyertai dua kejohanan itu.

Mengikut keterangan surat berkenaan, FAM didakwa meletakkan status penyertaan kedua-dua pasukan itu sebagai bersyarat.

Ini kerana KL City dan Terengganu perlu menyelesaikan semua hal berkaitan Perintah Larangan Pendaftaran Pemain sebelum penyertaan kedua-dua pasukan itu disahkan.

Ini dilihat ada kaitan dengan isu sekatan perpindahan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang dihadapi KL City dan Terengganu.

Sekiranya dakwaan ini benar, maka pengurusan kedua-dua pasukan perlu menyelesaikan isu tersebut terlebih dahulu jika ingin bersaing dalam Piala Belia dan Piala Presiden 2026.

Terengganu telah mengambil langkah konkrit berhubung isu sekatan FIFA menerusi kenyataan rasmi kelab pada 16 Februari lalu.

Sehingga artikel ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada FAM berhubung surat berkenaan.