Piala Malaysia: Penuh Drama, JDT Menang Tipis Atasi Sabah
Piala Malaysia
Johor Southern Tigers
Advertisements

JDT mengutip bekalan gol tunggal untuk perlawanan kedua separuh akhir Piala Malaysia menentang Sabah. Ini selepas Harimau Selatan membenam cabaran Badak 1-0 di Stadium Likas.

Babak pertama menyaksikan permainan seimbang antara kedua-dua pasukan dengan kedua-duanya berusaha mencari gol awal.

Sabah kelihatan menyaingi JDT walaupun dilihat tempang tanpa kelibat tujuh tonggak utama termasuk bekas penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat.

Advertisements

Akibatnya, pasukan pelawat terpaksa menunggu sehingga minit ke-34 untuk membuka jaringan. Walaupun dikawal beberapa pemain Sabah, Arif Aiman Hanapi berjaya melepaskan rembatan kaki kiri dari luar kotak penalti yang menewaskan penjaga gol Damien Lim.

Selepas rehat, jurulatih Badak, Datuk Ong Kim Swee memasukkan Amri Yahyah menggantikan Badrol Bakhtiar bagi mencari gol penyamaan.

Tetapi Sabah hampir-hampir ketinggalan lagi selepas Fernando Forestieri gagal menyempurnakan hantaran Arif Aiman pada minit ke-47.

Advertisements

Kegagalan Badak mengawal pertahanan mereka sekali lagi dihukum apabila penyerang utama JDT, Bergson da Silva dijatuhkan dalam kotak penalti pada minit ke-55. Bagaimanapun, sepakan penalti beliau kemudiannya berjaya diselamatkan Damien.

Usaha JDT mengekalkan kelebihan mereka semakin sukar apabila Feroz Baharudin dibuang padang pada minit ke-73. Ini selepas Feroz mengutip kad kuning kedua akibat mengasari Saddil Ramdani.

Ini memaksa jurulatih JDT, Hector Bidoglio memasukkan Aidil Zafuan Abdul Razak menggantikan Forestieri bagi mengisi kekosongan di bahagian bek tengah.

Advertisements

Kelebihan bilangan pemain cuba dimanfaatkan Badak bagi menembusi gawang Harimau Selatan yang dikawal Farizal Marlias. Tetapi kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Walaupun kalah, Sabah masih ada harapan untuk layak ke final Piala Malaysia menerusi perlawanan kedua separuh akhir. Perlawanan kedua akan diadakan di Stadium Sultan Ibrahim pada 20 November ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram