Dunia
Advertisements

Aksi suku akhir Piala Malaysia pada Jumaat menyaksikan JDT meraih kemenangan mutlak 5-0 ke atas Kelantan, dan mara ke separuh akhir penuh bergaya dengan agregat 8-0.

Kesemua gol skuad kendalian Hector Bidoglio dijaringkan di separuh masa pertama, tiada apa yang mengejutkan sebenarnya mengambil kira kualiti jauh berbeza bagai langit dan bumi antara kedua-dua pasukan.

Di hadapan penyokong sendiri di Stadium Sultan Ibrahim, JDT mempamer dominasi penuh, Bergson da Silva membuka jaringan pada minit ke-12 dan kemudiannya empat jaringan terhasil dalam tempoh 10 minit terakhir babak pertama.

Advertisements

Pun begitu, ketika tuan rumah mendapat jaringan kelima pada masa kecederaan, ada insiden berlaku yang menyebabkan penyokong naik angin dan meluahkan rasa marah terhadap pengadil perlawanan, Suhaizi Shukri.

https://fb.watch/gL69_vA6ge/

Ianya adalah terjahan keras menggunakan dua kaki dilakukan pemain pertahanan JDT, Adam Nor Azlin untuk merampas bola dari kawalan Abdul Latiff Suhaimi.

Suhaizi tidak meniup ‘foul’ sebaliknya meneruskan perlawanan dan bola itu kemudiannya dirampas pula Nazmi Faiz Mansor daripada kaki Khairul Helmi sebelum dia meluru ke dalam kotak penalti, tenang membuat sepakan yang menewaskan Nik Mohd Amin.

Advertisements

Rata-rata penyokong berpendapat Suhaizi sepatutnya menghentikan perlawanan dan memberikan sepakan percuma kepada Kelantan, selain melayangkan kad kepada Adam.

Ada juga penyokong mengatakan isunya bukan mengenai sama ada gol itu wajar disahkan atau tidak, tetapi apa hukuman ke atas Adam atas terjahan dilakukannya.

KOMEN ADAM Penyokong Naik Angin Terjahan Keras Adam Nor Azlin Tidak Dihukum

JDT selepas ini akan menentang Sabah di peringkat separuh akhir dalam usaha mereka untuk melayakkan diri ke final Piala Malaysia buat musim kedua berturut-turut.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram