Selangor menerima tambahan kuota tiket bagi aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia 2026 berdepan Kuching City.
Sebelum ini, pihak pengurusan Selangor tersebut mengambil maklum keluhan penyokong selepas peruntukan tiket pelawat dikurangkan kepada hanya 100 keping sahaja.
Namun selepas usaha dilakukan, Selangor berjaya mendapatkan tambahan sebanyak 200 keping tiket untuk penyokong mereka.
Dalam kenyataan sama, pihak kelab turut memberi jaminan bahawa tiket yang telah dibeli sebelum ini adalah sah dan tidak akan dibatalkan.
Bagi pembelian tiket tambahan, penyokong boleh berurusan dengan wakil Tickethotline Malaysia bermula hari ini.
Dalam masa sama, Selangor FC turut mengucapkan selamat perjalanan kepada para penyokong yang akan hadir memberi sokongan pada aksi Sabtu ini.