Advertising
Piala Supermokh Gilap Potensi Pemain Masa Depan Malaysia
MakanBola
NFDP OFFICIAL

Saingan Piala Supermokh 2024 edisi kelapan yang baru melabuhkan tirainya telah berjaya menyerlahkan bakat-bakat baru dan terbaik bola sepak Malaysia.

Pengurus Besar Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Muhammad Yusoff Ibrahim menyifatkan meskipun kejohanan itu berdepan beberapa halangan, beliau gembira melihat semuanya berjalan lancar.

Ad

“Secara keseluruhannya kami merasa puas hati dengan keseluruhan perjalanan kejohanana yang berlangsung sejak 14 November dan berakhir 19 November 2024.

Ad

“Meskipun ada beberapa halangan contohnya keadaan cuaca hujan yang tidak menentu, kesemua perlawanan yang telah di jadualkan dapat berjalan dengan baik.

“Kejohanan ini juga telah berjaya menyerlahkan bakat-bakat terbaik bola sepak negara yang dapat dikesan melalui mutu perlawanan yang ditunjukkan,” katanya.

Ad

Yusoff turut melihat saingan yang dibawa pasukan-pasukan yang bertanding semakin mantap dan berkualiti.

Ad

“Kami melihat dan percaya pasukan-pasukan yang menyertai kejohanan pada edidi kelapan tahun ini telah bersiap sedia sejak awal tahun lagi untuk merebut gelaran kejuaraan.

Ad

“Pada masa sama, kita juga mendapat maklum balas mengenai peningkatan penyertaan pasukan yang telah menyatakan minat mereka untuk menyertai kejohanan ini pada tahun hadapan.

“NFDP akan mengambil semua pandangan dari semua pihak yang menyertai kejohanan ini dan akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa teknikal NFDP bagi penambahbaikan bagi kejohanan akan datang.

“Tahniah kepada pasukan NFDP A (B-12), Zhejiang PFC (B-13) dan Akademi JDT yang menjadi juara setiap kategori,” ujarnya.

NFDP A muncul juara kategori B-12 dengan menewaskan wakil Thailand, Pattaya United. Sementara JDT Academy pula meraih tempat ketiga selepas menewaskan NFDP B.

Wakil China, Zhejiang PFC meraih gelaran juara untuk kategori B-13. Pasukan itu mengatasi cabaran Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Future B-13 di peringkat akhir.

Manakala JDT Academy muncul juara baru kategori B-14. Ini selepas mereka mengejutkan juara bertahan dari Thailand, Buriram United.