Ranking FIFA: Peluang Malaysia Kejutkan Vietnam, Raih Mata Besar
MakanBola
Malaysia NT

Malaysia berpeluang untuk meraih tambahan mata penting FIFA sekali gus mengejutkan Vietnam, Ahad ini.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe bakal turun menentang Vietnam bagi aksi separuh akhir Piala Hyundai ASEAN 2026 pada Ahad, 16 Ogos 2026.

Beraksi di laman sendiri, skuad kebangsaan dalam momentum terbaik selepas membenam cabaran Filipina pada aksi terakhir Kumpulan B, di hadapan lebih 12,000 peminat bola sepak tanah air.

Sementara itu, Vietnam kendalian Kim Sang-sik terus cemerlang selaku juara Kumpulan A, selain memiliki rekod baik bertemu Harimau Malaya.

Malaysia perlu memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri, selain pungutan mata kira-kira +3.16 (1093.88 mata keseluruhan) bakal menjadi milik pasukan negara jika menewaskan Vietnam.

Harimau Malaya bagaimanapun masih berpeluang meraih tambahan mata penting bertemu Vietnam sekiranya berjaya meraih keputusan seri – sekali gus mendapat tambahan +0.66 mata dan 109.38 mata keseluruhan.

Kekalahan di tangan skuad Bintang Pahlawan Emas bakal menyaksikan Harimau Malaya hilang -1.84 mata untuk mengumpul 1088.88 mata secara keseluruhan.

Sebagai rekod, Malaysia tewas dalam lima pertemuan terakhir bertemu Vietnam termasuklah keputusan 3-1 pada aksi terakhir Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027 pada Mac.

Aksi Malaysia vs Vietnam dijadual berlangsung pada Ahad, 16 Ogos 2026 jam 9.00 malam waktu Malaysia di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.