Rekod pertembungan Malaysia vs Vietnam daripada 5 aksi terakhir dilihat memihak Pahlawan Bintang Emas sebelum perlawanan peringkat separuh akhir Piala Hyundai ASEAN 2026.
Kedua-dua pasukan akan bertemu pada 16 Ogos bagi aksi pertama separuh akhir Piala Hyundai ASEAN di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.
Harimau Malaya & Vietnam memburu kemenangan bagi meraih slot ke final dan dijadualkan bertemu pemenang antara Thailand vs Singapura dalam satu lagi perlawanan separuh akhir sekali gus menjanjikan aksi hangat.
Kali terakhir tewas di tangan Vietnam dengan keputusan 3-1 pada aksi terakhir Kelayakan Piala Asia 2027 di Nam Dinh hasil jaringan Do Duy Manh & dua gol daripada Nguyen Xuan Son.
Gol Harimau Malaya pula diledak oleh pemain baharu Star City, Endrick dos Santos hasil sepakan penalti pada minit ke-77 aksi.
Kemenangan itu memastikan Pahlawan Bintang Emas mara ke pentas Piala Asia 2027 sekali gus mengiringi wakil Asia Tenggara lain iaitu Thailand, Indonesia dan Singapura.
Rekod pertemuan antara Malaysia vs Vietnam diungguli oleh Pahlawan Bintang Emas dengan meraih semua kemenangan daripada 5 pertemuan terakhir.
Aksi Malaysia vs Vietnam dijadualkan berlangsung pada 16 Ogos jam 9 malam di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras sebelum terbang ke Hanoi untuk perlawanan kedua separuh akhir Piala Hyundai ASEAN 2026.