Kedudukan Malaysia dalam carta ranking FIFA semasa ketika ini melonjak tinggi hasil kemenangan ke atas Vietnam.
Pada aksi yang berlangsung di Bukit Jalil itu, skuad Harimau Malaya berjaya merekodkan kemenangan besar 4-0 ke atas pasukan pencabar di kumpulan F, Vietnam
4 jaringan daripada Joao Figueiredo, Rodrigo Hogaldo, Dion Cools dan Corbin Ong memastikan 3 mata bergaya di laman sendiri berhasil untuk digapai oleh Malaysia kendalian Peter Cklamovski.
Kemenangan ini telah memastikan tambahan mata ranking sebanyak +13.99 menjadi milik Malaysia dengan 1135.54 adalah mata terkumpul terkini buat pasukan negara.

Malah, ini juga melonjakkan kedudukan Malaysia ke ranking 126 dunia untuk sementara waktu, kenaikan 5 anak tangga berbanding kemas kini sebelum ini di tempat ke-131.
Ujian seterusnya buat skuad Harimau Malaya adalah bertemu Laos pada 9 Oktober hadapan di gelanggang lawan tatkala Vietnam pula menentang Nepal di laman sendiri pada tarikh yang sama.