Rekod Pertemuan Thailand vs Malaysia Seimbang
MakanBola
AFF

Rekod pertembungan Thailand vs Malaysia daripada 5 aksi terakhir dilihat sebanding sebelum perlawanan malam ini.

Kedua-dua pasukan akan bertemu pada 1 Ogos bagi aksi kumpulan Piala Hyundai ASEAN di Rajamangala, Bangkok.

Harimau Malaya dan Changsuek memegang rekod bersih apabila masih tidak tewas pada aksi kumpulan sekali gus menjanjikan aksi panas.

Malaysia menundukkan Myanmar dengan keputusan 2-1 pada aksi pembukaan sebelum menewaskan Laos dengan keputusan 4-0 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur sementara Thailand juga membelasah Million Elephant menerusi kemenangan besar 5-0.

Kemenangan itu menjadi tonik tambahan buat skuad negara mengekalkan momentum cemerlang berdepan Gajah Perang sungguhpun turun tanpa beberapa bintang utama seperti Endrick dos Santos.

Rekod pertemuan antara Malaysia vs Thailand seimbang apabila kedua-dua pasukan melakar 2 kemenangan, 1 seri & 2 kekalahan daripada 5 pertemuan terakhir.

Aksi Thailand vs Malaysia dijadualkan berlangsung pada 1 Ogos jam 9 malam.