Ronaldo Tak Dibenarkan Beraksi Buat Al-Nassr Lagi
Dunia
Al-Nassr FC
Advertisements

Hasrat para penyokong Al-Nassr untuk melihat Cristiano Ronaldo dalam perlawanan menentang Al-Ta’ee hari ini tidak kesampaian. Ini selepas bekas penyerang Manchester United itu masih perlu menjalani penggantungan dua perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak (FA).

Hukuman tersebut dikenakan ke atas Ronaldo selepas mereka mendapati dia bersalah kerana memecahkan telefon seorang peminat cilik Everton pada April lepas. Selain dikenakan penggantungan dua perlawanan, legenda Portugal itu turut diarah membayar denda sebanyak £50,000 (RM264,000).

Ironinya, hukuman ini dikenakan sehari selepas Ronaldo bersetuju meninggalkan Red Devils melalui persetujuan bersama. Walaupun bekas penyerang Real Madrid itu cuba merayu kepada panel bebas FA tentang hukumannya itu, panel bebas memutuskan untuk mengekalkan hukuman tersebut.

Advertisements

Disebabkan kontrak Ronaldo telah dibatalkan bersama Manchester United, maka penggantungan dua perlawanan itu akan terpakai pada kelab barunya – dalam kes ini, Al-Nassr.

Hal ini turut ditegaskan dalam Peraturan Status dan Perpindahan Pemain FIFA yang menetapkan mana-mana pemain baru yang belum menjalani hukuman disiplin di kelab lamanya perlu menjalani hukuman di kelab barunya.

Walaupun tidak diturunkan dalam perlawanan menentang Al-Ta’ee hari ini, Al-Nassr masih merancang untuk memperkenalkan Ronaldo kepada para penyokong sebelum perlawanan. Ini ditambah dengan keinginannya mahu melihat rakan-rakan sepasukan barunya beraksi di atas padang.

Advertisements

Jurulatih Al-Nassr, Rudi Garcia dijangka dapat menurunkan Ronaldo untuk perlawanan liga pada 21 Januari menentang Ettifaq. Dan itu satu tarikh yang akan ditanda para penyokong Al-Nassr untuk melihat legenda Portugal itu secara langsung atas padang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram