Ads
Asia Tenggara
Team Russia

Russia membuktikan status mereka sebagai pasukan pilihan apabila menewaskan Vietnam di Stadium Nasional MyDinh.

Advertisements

Perlawanan hari ini merupakan sebahagian daripada Tri Nation Tournament 2024 atau nama rasminya, LPBank Cup. Kejohanan ini membabitkan tiga negara iaitu tuan rumah Vietnam, Thailand dan Russia.

Advertisements

Meskipun berstatus pasukan bukan pilihan, Vietnam tetap menurunkan barisan terbaik diketuai pemain tengah Hanoi FC, Do Hung Dung. Manakala Sbornaya pula menampilkan barisan terkuat diketuai pemain tengah CSKA Moscow, Ivan Oblyakov.

Advertisements

Advertisements

Separuh masa pertama menyaksikan Pahlawan Bintang Emas berusaha mencari kelebihan gol awal menerusi penyerang Viettel, Nguyen Hoang Duc.

Larian pantas Phan Tuan Tai hampir membawa kepada gol pendahuluan tuan rumah pada minit ketujuh. Malangnya, bola hantaran pemain pertahanan Viettel itu pantas disekat pertahanan Russia sebelum sampai di kaki Hoang Duc.

Advertisements

Tatkala Pahlawan Bintang Emas memberi tekanan kepada anak buah Valery Karpin, Russia membuka tirai jaringan pada minit ke-24.

Tamerlan Muzayev mudah menyempurnakan hantaran pemain tengah Le Havre, Daler Kuzyaev untuk menewaskan penjaga gol Vietnam, Dang Van Lam.

Sbornaya kemudiannya terpaksa melakukan pertukaran awal pada minit ke-34. Karpin mengeluarkan bek tengah, Evgeniy Morozov dan membawa masuk Valentin Paltsev sebagai pemain gantian.

Russia terus memberi tekanan kepada Vietnam tetapi kecekapan Van Lam memastikan keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung selepas rehat, kedua-dua pasukan membuat beberapa pertukaran pemain. Ini memberi ruang kepada pemain gantian kedua-dua pasukan mendapat minit permainan berharga.

Cuaca hujan yang turun pada separuh masa kedua sedikit sebanyak menjejaskan rentak permainan Vietnam dan Russia.

Van Lam kemudiannya bernasib malang apabila menjaringkan gol sendiri pada minit ke-62. Penjaga gol berusia 31 tahun itu cuba menyepak keluar hantaran Vu Van Thanh tetapi bola terus bergolek melepasi kakinya menerjah jaring.

Kuzyaev kemudiannya mencipta nama sebagai penjaring dengan meledakkan gol ketiga Russia pada minit ke-77.

Tuan Hai hampir mendapatkan gol saguhati buat Vietnam pada minit ke-82. Malangnya, percubaan derasnya terkena palang.

Russia terus selesa mempertahankan kelebihan 3-0 mereka sehingga tamat perlawanan. Keputusan ini menyaksikan Russia terus kekal tanpa kalah yang bermula sejak September 2022.

Advertisements

Kuzyaev dipilih pemain terbaik perlawanan oleh Sofascore dengan markah 7.8. Selepas ini, Sbornaya bakal menentang satu lagi jaguh Asia Tenggara iaitu Thailand pada 7 September ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram