Safawi Rasid Gembira Dengan Budaya & Motivasi Di Bilik Persalinan
Dunia
FAM
Advertisements

Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Safawi Bin Rasid meluahkan rasa teruja dan gembira dengan budaya semasa di dalam kem pasukan kebangsaan.

Safawi ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada semalam menjelaskan bahawa barisan kejurulatihan berjaya mencorakkan keharmonian dalam pasukan disamping memberikan motivasi yang baik buat para pemain.

 “Perubahan barisan kejurulatihan telah menyuntik semangat pasukan untuk mengharungi dua aksi persahabatan antarabangsa kali ini dan apa yang boleh saya katakan, semangat berpasukan cukup jitu selepas seminggu dikumpulkan bersama.”

Advertisements

Dalam pada itu, Safawi Rasid turut berkongsi cerita dan ragam para pemain Harimau Malaya ketika di bilik persalinan. Menurutnya situasi skuad Harimau Malaya ketika ini sangat harmoni dan amat positif.

“Malah, situasi di bilik persalinan juga sangat harmoni dan saya bersama rakan-rakan sepasukan berharap dapat memberikan seratus peratus di atas padang khususnya pada aksi pertama esok (malam ini),” ujar Safawi kepada Kosmo.

Bagaimanapun Safawi mengakui bahawa musim lalu telah berlalu dengan prestasi yang agak hambar buat skuad Harimau Malaya. Namun Safawi yakin bahawa beliau sudah menemui rentak untuk kembali bangkit bersama rakan sepasukan memberikan yang terbaik buat skuad kebangsaan.

Advertisements

“Saya akui prestasi saya pada awal tahun lalu tidak begitu baik, namun saya berjaya bangkit menemui rentak sebenar di peng­hujung musim.”

“Kini, sudah tentu saya mahu berikan yang terbaik buat negara sekiranya diberikan peluang untuk berada dalam kesebelasan utama nanti,” kata pemain berusia 25 tahun.”

Skuad kendalian Kim Pan-gon akan diuji bertemu Filipina pada aksi sulung di bawah kenadalian jurulatih dari Korea Selatan itu pada hari ini jam 8 malam.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram