Safawi Rasid: Latihan Lasak KPG Bangkitkan Harimau Malaya
Dunia
Team Malaysia
Advertisements

Ayat tambatan Harimau Malaya, Muhammad Safawi Bin Rasid bertekad untuk meletakkan pasukan kebangsaan berada pada tahap yang terbaik dalam dua aksi di FAS Tri-Nations Series 2022 yang bermula esok.

Anak jati kelahiran Dungun, Terengganu ini yakin beliau dan rakan sepasukan akan berusaha untuk mengimplementasikan sebaik mungkin taktikal yang diterapkan Kim Pan-gon di Singapura nanti disamping mengakui latihan lasak yang diterapkan KPG bakal bawa perubahan kepada pasukan.

“Latihan seminggu ini memang lasak dan mungkin satu pengenalan untuk kami bersama barisan kejurulatihan yang baharu. Tetapi dalam masa sama, kita belajar daripada taktikal juga.”

Advertisements

“Sudah tentu saya mahu berikan yang terbaik dan tunjukkan kepada penyokong peningkatan dan perubahan dalam skuad Harimau Malaya.”

Penjaring terbanyak Piala AFF 2020 ini turut menjelaskan bahawa kesemua tonggak Harimau Malaya kini sedang dalam usaha untuk memperbaiki prestasi diri masing-masing.

Dengan struktur latihan yang lebih teratur dan berintensiti tinggi, ia sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan lagi potensi diri para pemain.

Advertisements

“Setiap jurulatih akan melihat keupayaan dan kehebatan pemain pada sesi latihan. Jadi, latihan berintensiti tinggi untuk kami sememang bagus untuk meningkatkan lagi keupayaan masing-masing,” jelas Safawi kepada Bernama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Singapura petang tadi.

Malaysia akan menentang Filipina pada esok hari sebelum melengkapkan aksi FAS Tri-Nations Series 2022 bertemu tuan rumah, Singapura pada 26 Mac kelak

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram