Penjaga gol Selangor, Sam Sommerville dikhabarkan tidak akan lagi menyarung jersi Gergasi Merah tersebut bagi musim hadapan.
Beliau telah bersama kelab itu sejak 2021 dari Penang dilihat bakal membawa haluan baharu pada musim hadapan selepas 5 tahun menabur bakti bersama pasukan Lembah Klang tersebut.
Musim ini Sam Somerville telah berpindah ke kelab Melaka pada jendela perpindahan kedua bagi mendapatkan minit permainan.
Menurut Sam Somerville, kontrak beliau bersama Selangor telah tamat dan kini sedang bergelar sebagai ejen bebas. Selepas itu, beliau turut menegaskan pasukan Melaka masih belum memberikan kontrak baharu untuk musim hadapan.
“Kontrak saya bersama Selangor sudah habis dan kini saya ejen bebas. Selain itu, Melaka tidak memberikan kontrak kepada saya bagi saingan musim hadapan,” kata Sam Somerville dalam satu temu bual bersama Astro Arena.
Kini, khidmat Sam Somerville sedang diintai beberapa kelab Liga Super iaitu Brunei DPMM, Imigresen dan Sabah bagi aksi Liga Malaysia 2026-2027.