“Saya Tak Pasti Ini Piala AFF Terakhir Saya” – Teerasil Dangda
Dunia
Changsuek
Advertisements

Semalam, Thailand muncul juara Piala AFF 2022 selepas mengalahkan Vietnam di final kedua kejohanan tersebut. Tetapi bagi penyerang berbisa Thailand, Teerasil Dangda, dia tidak pasti sama ada ini merupakan Piala AFF terakhir yang disertainya.

Dalam skuad Gajah Perang, Teerasil dianggap yang paling berpengalaman dengan edisi 2022 merupakan edisi keenam Piala AFF yang disertainya. Malah, dia juga merupakan penjaring terbanyak kejohanan sepanjang zaman dengan 25 gol.

Bagaimanapun, selepas mengalami kecederaan pada aksi separuh akhir pertama menentang Malaysia, Teerasil tidak diturunkan dalam aksi kedua separuh akhir kedua dan final kejohanan.

Advertisements

Tempatnya digantikan oleh penyerang baru Terengganu, Adisak Kraisorn dan Poramet Arjvirai. Kedua-duanya menjaringkan gol penting untuk skuad bimbingan Mano Polking itu pada separuh akhir kedua dan final pertama Piala AFF 2022.

Bila ditanya oleh media tentang masa depannya bersama pasukan kebangsaan selepas aksi final semalam, Teerasil mengakui belum membuat keputusan tentang perkara berkenaan.

“Saya tak tahu sama ada ini akan jadi Piala AFF terakhir saya. Saya tak tahu bagaimana badan saya akan bertindak, sebaik mana prestasi saya atau jika saya masih lagi bermain bola sepak bila edisi seterusnya diadakan.

Advertisements

“Amat sukar untuk mengetahuinya tetapi saya merasa gembira dengan pencapaian kami dalam kejohanan dan saya bangga semua rakan sepasukan saya bergelar juara,” katanya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram