Scaloni Jadikan Kenangan ‘Malaysia’ Sebagai Inspirasi Juarai Piala Dunia
Dunia
MakanBola
CBS Sports Golazo
Advertisements

Semalam, Argentina yang dibimbing Lionel Scaloni menamatkan kemarau 36 tahun Piala Dunia dengan menjulang trofi berprestij itu buat kali ketiga. Tetapi tidak ramai tahu baju yang dipakai jurulatih berusia 44 tahun itu sama dengan baju yang dipakainya pada 1997 semasa menyertai Piala Dunia Remaja 1997 di Malaysia.

Scaloni merupakan sebahagian daripada pasukan Argentina bawah 20 tahun yang ketika itu dibimbing oleh bekas jurulatih Colombia, Jose Pekerman. Selain Scaloni, terdapat ramai pemain muda berbakat yang kemudiannya dikenali ramai seperti Pablo Aimar, Juan Roman Riquelme, Esteban Cambiasso dan Walter Samuel.

Seperti kempen Piala Dunia 2022 Argentina, kempen Piala Dunia Remaja 1997 Albiceleste juga dipenuhi dengan kejutan. Kekalahan mengejut di tangan Arab Saudi pada perlawanan pembukaan kejohanan pastinya mengingatkan Scaloni kepada kekalahan mengejut pasukan bawah 20 tahunnya kepada Australia pada perlawanan terakhir Kumpulan E. Tetapi persamaan di sini ialah kekalahan mengejut tersebut menginspirasikan kedua-dua pasukan untuk bangkit semula.

Advertisements

Seperti mana Perancis yang dilabel pasukan pilihan, begitu juga dengan Brazil dan Uruguay pada ketika itu. Tetapi Pekerman menunjukkan label tersebut tidak menakutkan Argentina dengan kedua-duanya ditumbangkan Albiceleste di peringkat suku akhir dan final Piala Dunia Remaja 1997.

Inspirasi kepimpinan Pekerman semasa di Malaysia ketika itu pastinya dimanfaatkan sepenuhnya oleh Scaloni untuk mendorong Argentina maju ke depan. Atas sebab itu, bila dia menyarung baju berkenaan untuk aksi final Piala Dunia 2022 di Qatar, ia mengingatkannya bahawa tiada yang mustahil. Dan itu yang berlaku semalam dengan Scaloni mencipta sejarah sebagai pengurus Argentina pertama menang Piala Dunia dan Copa America.

Advertisements

News Comments Account