Advertisements
Selamat Datang Wan Kuzain?
Harimau Malaya
MakanBola
stlcitysc

Penantian untuk melihat aksi perancang tengah Amerika-Malaysia, Wan Kuzain Wan Kamal berpotensi menjadi kenyataan.

Tonggai berusia 26 tahun itu sudah lama disebut-sebut untuk menyarung jersi Harimau Malaya setelah sekian lama.

Sebelum ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Dato’ Hamidin Mohd Amin memberitahu bahawa tonggak St Louis City 2 itu sudah boleh mewakili Malaysia.

“Sepatutnya kali ini (Pestabola Merdeka), Wan Kuzain dah sertai kem Malaysia. Beliau telah menghubungi saya beberapa bulan lalu namun nasib tidak baik kerana Wan Kuzain sedang cedera.

“InsyaAllah selepas pulih dari kecederaan, beliau akan datang, dapat pasport dan bermain untuk Malaysia,” jelasnya ketika ditemui di Wisma FAM tempoh hari.

Laman Transfermarkt seolah-olah memberi bayangan bahawa pemain ini sudah boleh mewakili apabila diletakkan selaku pemain Malaysia.

Seorang lagi pemain yang mencuri perhatian adalah pertahanan tengah England, Sam Sherring yang turut didaftarkan selaku pemain Malaysia.

Setakat ini, masih tiada pengesahan rasmi berhubung kedatangan dua pemain ini secara rasmi tatkala Malaysia bakal mengharungi dua kejohanan Piala ASEAN dan juga Kelayakan Piala Asia 2027.

Malaysia baru sahaja melakar kemenangan 3-1 berdepa n pasukan ke-187 dunia, Laos sebelum memyambung tugasan menentang India pada 18 November.