Advertising
Selangor Antara 3 Lawan Ujian Timor Leste
MakanBola
SFC/FFTL
Sponsors

Pasukan Selangor serta PDRM dijadualkan menentang skuad kebangsaan Timor Leste dalam aksi persahabatan menjelang Kelayakan Piala Asia 2027.

Skuad Timor Leste ketika ini berada di Kuala Lumpur untuk kem latihan kebangsaan setelah lebih sebulan berkampung di Dili dan Baucau untuk satu sesi pemilihan 28 pemain O Sol Nascente.

Ad

Menurut perkongsian oleh Asean Football, Timor Leste akan mengadakan aksi persahabatan menentang 3 buah pasukan dengan dua daripadanya merupakan dua kelab dari Malaysia.

Ad

“Sebagai sebahagian daripada persiapan untuk kelayakan Piala Asia 2027 pada bulan Mac, pasukan Timor-Leste telah menjadualkan beberapa perlawanan persahabatan,” lapor Asean Football.

Naib Juara MFL Challenge Cup, PDRM bakal menjadi lawan pertama skuad Timor Leste pada 11 Mac ini di Kuala Lumpur sebelum menentang naib juara Liga Super 2023, Selangor 5 hari kemudian

Ad

Selepas itu, Timor Leste akan terbang ke Qatar bagi satu lagi aksi pemanas badan bertemu Lubnan sebelum menutup tirai persiapan dan fokus ditumpukan kepada kempen Kelayakan Piala Asia.

Ad

Anak didik Simon Elissetche yang berada di kumpulan A akan membuka saingan bertemu pasukan ke-104 dunia, Tajikistan di Dushanbe pada 25 Mac ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments