Selangor Jalin Kerjasama Dengan Butik Terkenal, HijabistaHub
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Selangor bukan saja mahu maju di atas padang tetapi juga di luar padang. Selepas menjalin kerjasama dengan syarikat penghawa dingin Jepun, Daikin, Gergasi Merah menjalin pula kerjasama dengan butik terkenal Hijabista Hub.

Kerjasama antara kedua-dua pihak dimeterai dalam satu majlis menandatangani dokumen perjanjian kerjasama di Pusat Latihan Selangor FC (SFC), Shah Alam hari ini.

Pemeteraian perjanjian dibuat oleh CEO SFC, Dr. Johan Kamal Hamidon dan Pengarah HijabistaHub, Ahmad Syafiq Hilmi. Ia turut disaksikan oleh Pengasas HijabistaHub, Puan Wanie Elena.

Advertisements

Bagi Johan Kamal, ini merupakan bukti Selangor terus dipercayai sebagai rakan komersial berkaliber oleh syarikat-syarikat berjenama besar.

“Kami di Selangor FC sangat teruja dan gembira di atas pengumuman ini. Selamat datang buat HijabistaHub sebuah syarikat pakaian terkemuka di Malaysia sebagai keluarga baharu Gergasi Merah.

“Ini membuktikan industri bola sepak tempatan dan pasukan kita khususnya masih dipandang dan dipercayai oleh syarikat-syarikat berjenama besar untuk melabur serta berkongsi kepakaran antara satu sama lain,” katanya.

Advertisements

Dengan termeterainya kerjasama ini, lambang HijabistaHub akan dipamerkan di belakang jersi Selangor musim ini, papan iklan digital di stadium dan aset digital kelab.

Gergasi Merah dan HijabistaHub turut meneroka potensi penghasilan produk bersama dan penampilan pemain sebagai model produk.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram