Selangor Kecam Tindakan Simbah Asid Kepada Faisal Halim
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Arena bola sepak Malaysia dikejutkan dengan berita pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim disimbah asid oleh individu yang tidak dikenali.

Insiden ini mengejutkan ramai pihak kerana ini berlaku tidak lama selepas seorang lagi pemain sayap kebangsaan, Akhyar Rashid menjadi mangsa kes jenayah.

Baru-baru ini, nama pemain sayap Terengganu FC itu tular apabila beliau bukan saja disamun. Malah, Akhyar turut mengalami kecederaan di bahagian kepala selepas dipukul dengan cota.

Advertisements

Susulan insiden simbahan asid yang dialami Faisal, pengurusan Selangor telah mengeluarkan satu kenyataan berkenaan insiden tersebut.

Pengurusan kelab itu mengecam sekeras-kerasnya insiden tersebut dan sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membantu siasatan kes.

Advertisements

Pengurusan Selangor turut meminta peminat bola sepak di seluruh negara untuk mendoakan dan memberi sokongan moral kepada Faisal.

“Dukacita dimaklumkan bahawa pemain Selangor FC, Faisal Halim telah menjadi mangsa serangan asid petang tadi.

Advertisements

“Selangor FC memandang serius perkara ini dan akan bekerjasama dengan pihak PDRM serta pihak berkuasa untuk melaksanakan siasatan terperinci untuk mengenal pasti sesiapa yang terlibat.

“Selangor FC menyeru para penyokong dan peminat bola sepak di seluruh negara untuk mendoakan dan memberi sokongan moral kepada Faisal Halim dan keluarganya serta menghormati privasi beliau dan keluarganya pada masa ini,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Advertisements

Pemain sayap itu dilihat watak penting untuk Selangor menjelang aksi Piala Sumbangsih menentang juara Liga Super musim 2023, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) pada 10 Mei ini.

Polis kini berada di tempat kejadian untuk menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram