Pertahanan tengah KL City, Ginacarlo Callifuoco memandang sisi positif daripada perkembangan bola sepak Malaysia menuju permulaan yang lebih gemilang.
Skuad negara merakamkan kekalahan tipis 1-0 di tangan Bahrain setelah tewas kepada Jordan bagi aksi pembukaan.
Pemain berusia 29 tahun itu bagaimanapun kekal memberikan pandangan positif tentang bola sepak Malaysia selepas berjaya merakamkan beberapa keputusan positif.
Antara pencapaian baik di peringkat kelab adalah kemaraan JDT di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL) selain beberapa pasukan yang mara di Piala AFC sejak beberapa musim kebelakangan ini.
Hal ini juga termasuklah kejayaan pasukannya iaitu KL City yang mara ke pentas akhir Piala AFC 2022 dan muncul selaku naib juara ketika itu.
Menurut Giancarlo, perkembangan ini menunjukkan petanda positif terhadap masa depan bola sepak Malaysia.
“Dua tahun lepas telah pasukan negara layak ke Piala Asia dan mempunyai pasukan Malaysia dalam kedua-dua pusingan 16 terbaik ACL dan final Piala AFC.”
“Bola sepak Malaysia akan datang tanpa mengira keputusan, seluruh Asia dapat melihatnya. Tetap bangga Harimau Malaya,” ujarnya menerusi ciapan di X.
Kekalahan semalam bagaimanapun menyebabkan Malaysia kehilangan -12.5 mata FIFA yang membolehkan skuad negara turun ke tangga 136 dunia selepas dua aksi di Qatar.
Cabaran terakhir negara adalah berdepan pasukan ke-22 dunia, Korea Selatan pada 25 Januari 2024.