Senarai Kepimpinan Baharu NFDP & Barisan Jurulatih Hebat Di AMD
MakanBola
FA Malaysia

Khabar angin tentang perubahan barisan kejurulatihan membabitkan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) menjadi realiti.

Ini selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memaklumkan aspek teknikal Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) diambil alih oleh badan induk itu.

Sehubungan dengan itu, NFDP kini diterajui Datuk Ong Kim Swee sebagai Pengarah Teknikal baharu. Beliau dibantu legenda Harimau Malaya, Datuk Dollah Salleh sebagai Penolong Pengarah Teknikal.

Razip Ismail kini berperanan sebagai Ketua Pendidik Jurulatih dan Pencarian Bakat NFDP. Beliau akan dibantu P. Ganasamurthy, S. Veloo dan bekas pemain pertahanan kebangsaan, Abdul Ghani Malik.

Hassan Sazali Waras diberi amanah membimbing skuad AMD B-13. Beliau akan dibantu Fadzli Saari dan Fauzi Kassim dengan Firdaus Mohamad sebagai jurulatih penjaga gol.

Bekas penyerang negara, Rusdi Suparman bertanggungjawab membimbing skuad AMD B-14. Rusdi bakal dibantu Aziz Ismail dan Shahril Faizal Sharifuddin dengan Rozaimi Rohim sebagai jurulatih penjaga gol.

Bekas jurulatih PDRM FC, P. Maniam dilantik sebagai jurulatih AMD B-15. M. Lingeswaran dan Radzi Salleh dilantik sebagai penolong jurulatih dengan Norazlan Razali memikul tugas jurulatih penjaga gol.

Bekas tonggak pertahanan Harimau Malaya, Shukor Adan kini memikul tugas sebagai jurulatih pasukan AMD B-16. Shukor dibantu Lim Chan Yew dan Kuizwan Johari dengan Farizal Harun sebagai jurulatih penjaga gol.

Noor Zaidi Rohmat pula bertanggungjawab mengemudi skuad AMD B-17. Bekas pemain sayap kebangsaan, Syahrul Azwari Ibrahim dan Armi Sharif dilantik sebagai pembantu jurulatih.

Kesemua jurulatih dan kakitangan teknikal baharu NFDP telah memeterai kontrak dengan FAM dalam satu majlis yang diadakan pada 11 Januari lalu.

Claim Money Packet TnG