Sentuhan ‘Seni’ Safiq Rahim Bawa JDT Rangkul Kejuaraan
Dunia
Instagram: @officialjohor
Advertisements

Lagenda bola sepak tanah air, Safiq Rahim membuktikan bahawa beliau masih relevan dalam kancah bola sepak apabila perancang JDT itu berjaya membantu pasukannya menjuarai takhta Liga Super Malaysia 2021.

Johor Darul Ta’zim kini merangkul gelaran Liga Super buat lapan musim berturut-turut sekaligus menjadikan JDT pasukan paling banyak memenangi gelaran liga di Malaysia ketika ini.

Safiq yang menggalas tugas sebagai pemain tengah JDT turun dalam kesebelasan utama kelmarin ketika menentang Sri Pahang FC. Kemenangan 3-0 itu menjadikan Johor Darul Ta’zim sah menjulang trofi Liga Super Malaysia 2021. Kemenangan itu merupakan kemenangan manis buat Safiq yang sebelum ini juga sudah beberapa kali menjulang piala bersama JDT sejak 2013.

Advertisements

Baca: Paralimpik 2020: Chew Wei Lun Mula Langkah Kanan

‘Arkitek’ JDT ini turut menerima banyak pujian daripada peminat bola sepak tempatan kerana aksi memukaunya setiap kali mengawal bola di kaki. Keserasiannya bersama Leandro dan Natxo Insa membuktikan Safiq selesa bila digandingkan dengan sesiapa sahaja. Sebelum ini Safiq juga tidak kekok apabila mengetuai jentera tengah pasukan bersama Afiq Fazail, Nazmi Faiz dan Syameer Kutty Abba.

Ketika beraksi, Safiq bijak menghidu ruang dan peluang untuk melorongkan bola pada waktu yang tepat. Sentuhan ‘seni’ pemain berusia 34 tahun itu memudahkan penyerang JDT, Bergson Da Silva dalam mencipta setiap jaringan. Pada minit ke-41 permainan, lorongan ‘tricky’ Safiq sempurna disudahkan Bergson.

Advertisements

Anak jati Kuala Selangor ini juga beberapa kali melakukan ‘set piece’ cantik apabila mendapat sepakan penjuru. Hantaran Safiq itu sekali sekala berjaya menggugat dan membahayakan kubu Sri Pahang FC. Ketenangan dan pengalaman pemain yang pernah bertapak di Cardiff City suatu ketika dahulu ini banyak menjana keberhasilan pasukannya ketika menyerang.

Setakat ini, Safiq Rahim cemerlang menjadi tunjang utama pasukan apabila telah berhasil mencetak 5 bantuan gol. Ini menjadikan Safiq sebagai pemain paling banyak dalam mencipta bantuan gol buat JDT dalam musim ini.

Kepercayaan yang diberikan pengendali JDT, Benjamin Mora digalas sepenuhnya Safiq setiap kali diturunkan. Kualiti yang dimiliki bekas kapten Harimau Malaya ini jelas ditagih skuad Harimau Selatan. Walau bagaimanapun, dalam perlawanan kelmarin Safiq telah dikeluarkan pada minit ke-64 bagi menggantikan Syafiq Ahmad.

Advertisements

Baca: Paralimpik 2020: Hasrat Wiro Julin Dapatkan Emas Tidak Kesampaian

Aksi Safiq Rahim sentiasa dinantikan penyokong tegar JDT. Ada juga celoteh para peminat tanah air yang mengharapkan Safiq kembali beraksi bersama skuad kebangsaan negara. Semoga Safiq Rahim terus cemerlang memacu legasi pasukan Johor Darul Ta’zim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram