Syafiq Ahmad Kembali Beraksi, Buktikan Kemampuannya
TV
Instagram: @officialjohor
Advertisements

Penyerang sensasi kebangsaan negara, Muhammad Syafiq Bin Ahmad hari ini berjaya membantu JDT menjulang kejuaraan Liga Super Malaysia 2021 dalam perlawanan malam tadi. 

Penyandang juara Liga Super Musim 2021, Johor Darul Ta’zim (JDT) mudah membenam Sri Pahang FC dengan keputusan 3-0. JDT kini merangkul gelaran Liga Super buat lapan musim berturut-turut. Johor Darul Ta’zim juga menjadi pasukan paling banyak memenangi gelaran liga di Malaysia ketika ini.

Pengendali Johor Darul Ta’zim, Benjamin Mora telah memasukkan Syafiq Ahmad pada minit ke-60 permainan untuk menggantikan Safiq Rahim. Syafiq yang masuk sebagai pemain gantian jelas menunjukkan kualiti dan kemampuan sebenar pemain itu.

Advertisements

Dua minit selepas dimasukkan, pemain kelahiran Bayan Lepas itu terus menunjukkan taringnya. Percubaan cantik Syafiq dari luar kotak penalti pada minit ke-62 mencemaskan barisan pertahanan Sri Pahang FC. Namun sepakannya itu sedikit tinggi melewati palang gol. 

Pemain yang berusia 26 tahun itu turut memanfaatkan peluang bermain sebaik mungkin, menunjukkan beliau masih berada pada prestasi terbaik. Syafiq yang diletakkan pada posisi ‘attacking midfielder’ menunjukkan aksi bertenaganya dalam mengatur gerakan pasukan. Tindakan Syafiq yang berbahaya beberapa kali berjaya menggugat gawang Sri Pahang FC. 

Pada minit ke-81 permainan, tindakan susulan Syafiq Ahmad sekali lagi memberi tekanan buat Sri Pahang FC. Percubaan deras Syafiq bagaimanapun berjaya ditangkap penjaga gol Sri Pahang FC. Usaha Syafiq dalam perlawanan sebentar tadi wajar dipuji. Jelas usahanya beberapa kali mencuba untuk merobek kubu pertahanan Sri Pahang FC.

Advertisements

Kini penyokong Harimau Malaya tidak lagi gusar, sekembalinya Syafiq bakal menaikkan semangatnya untuk merebut peluang mendapat tempat dalam skuad kebangsaan. Semoga Syafiq terus cemerlang bagi memastikan dirinya berada pada tahap terbaik ketika mewakili pasukan negara kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram