Shin Tae-yong Tegas Kepada Egy & Spaso, Jelaskan Sebab Utama Beliau Kelihatan ‘Berang’
Dunia
Syafiq Freman / MakanBola
Advertisements

Ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong menafikan beliau memarahi Egy Maulana dan Ilija Spasojević semasa perlawanan kumpulan A Piala AFF 2022 di antara pasukan Indonesia.

Menurutnya, ia hanya rutin biasa sebagai Ketua Jurulatih Indonesia dan beliau tetap gembira dengan aksi pemainnya selepas membenam cabaran Brunei, 0-7 di Kuala Lumpur.

“Saya tidak marahkan Egy Maulana, tetapi saya meminta dia mempercepat membuat keputusan, mahu membuat sepakan atau menggelecek? Harus buat keputusan dengan pantas dan berani.

Advertisements

“Saya juga memaklumkan kepada Ilija Spasojević, daripada banyak bergerak, lebih baik (fokus) untuk menghasilkan jaringan. Spaso menurut perintah saya dengan baik”, jelas Shin Tae-yong ketika sesi sidang media selepas perlawanan semalam di Stadium Kuala Lumpur.

Selepas 2 perlawanan, Indonesia kini selesa di tangga ke-2 Kumpulan B Piala AFF 2022 di belakang Thailand yang mempunyai kelebihan perbezaan jumlah jaringan.

Indonesia bakal bertemu Thailand di Gelora Bung Karno pada Khamis, 29 Disember ini jam 5:30 petang waktu Malaysia.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram