Advertisement
Siaran Sesi Latihan Harimau Malaya: Venue, Barisan Pemain & Perkembangan Terkini
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Latihan pasukan Harimau Malaya telah berlangsung pada 26 Disember 2023 (Selasa) menyaksikan barisan pemain tiba dengan penuh semangat pada hari pertama latihan.

Ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon membuat keputusan untuk memanggil seramai 26 orang pemain ke kem latihan pusat dengan kelibat penyerang naturalisasi negara, Romel Morales mencuri tumpuan.

Senyuman kelihatan di wajah barisan pemain terutamanya Natxo Insa dan Syamer Kutty yang kembali mewarnai kem negara.

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu menyatakan rasa puas hati selepas memiliki peluang untuk memanggil kesemua pemain idamannya sungguhpun tiga pemain muda iaitu Feroz Baharudin, Azam Azmi dan Shahrul Nazeem terpaksa diketepikan atas beberapa sebab.

Beliau yakin kombinasi pemain muda, pertengahan dan berpengalaman akan membuahkan hasil buat skuad negara di Qatar kelak.

Senarai 26 Pemain Harimau Malaya Ke Kem Latihan

Baca penuh: Romel Sertai Harimau Malaya

Info Siaran Sesi Latihan Harimau Malaya

Tarikh: 26 Disember 2023 (Selasa)
Masa: 8 Malam
Venue: Wisma FAM
Siaran Berbentuk Rakaman: Youtube MakanBola