Advertising
Singapura Tak Mahu Terperangkap Aura Bukit Jalil Kali Kedua
MakanBola
FA Singapore

Singapura meletakkan sasaran besar berdepan Malaysia pada aksi terakhir kumpulan ASEAN Championship.

Anak buah Tsutomu Ogura tewas kepada Thailand dengan keputusan 4-2 sekaligus membuka ruang kepada Harimau Malaya mara ke pentas separuh akhir.

Ad

Pasukan pelawat bagaimanapun mahu memberikan tentangan terbaik dalam misi melakar kemenangan di gelanggang lawan.

Ad

Perkara ini dijelaskan oleh kapten pasukan, Hariss Harun yang kembali bertemu Malaysia selepas dua tahun sambil bekas tonggak JDT itu meletakkan sasaran besar.

“Saya menghadapi sedikit kecederaan jadi saya mengambil masa untuk berehat tetapi kini sudah pulih.

Ad

“Kita ada banyak perlawanan istimewa menentang Malaysia. Persaingan antara dua pasukan sangat istimewa termasuk beberapa pemain lain seperti Safuwan, Izwan dan Faris yang sudah lama di sini,” katanya.

Ad

Hariss juga mahu sedar perbezaan skuad pada panggilan pada edisi lalu tetapi yakin bahawa skuad kali ini lebih bersedia.

Ad

“Kali terakhir lawan Malaysia kerana pemain lebih muda dan tidak ada pengalaman beraksi di Bukit Jalil. Pemain kali ini tahu untuk menghadapi suasana di Bukit Jalil,” katanya pada sesi sidang media pra-perlawanan.

The Lions juga sudah pasti mahu melupakan episod duka pertemuan dua tahun lalu di ASEAN Championship apabila tunduk dengan keputusan 4-1.

Kehadiran penyokong sentiasa memberi semangat kepada barisan Harimau Malaya dan ia terbukti apabila 65,147 Ekor Harimau Malaya membantu Malaysia membelasah Singapura 4-1 dalam edisi 2022.

Aksi antara Malaysia vs Singapura bakal berlangsung pada 20 Disember jam 9 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil.