Advertising
Pau Marti Tidak Mahu Isu Luar Ganggu Fokus Malaysia vs Singapura
MakanBola
FA Malaysia

Pengendali skuad Harimau Malaya, Pau Marti mahu Malaysia kekal fokus menjelang aksi keempat peringkat kumpulan A Asean Mitsubishi Electric Cup bertemu Singapura.

Pasukan kebangsaan kembali ke tanah air setelah tewas tipis 1-0 di tangan juara bertahan, Thailand di Bangkok Sabtu lalu dan memiliki tempoh rehat hampir lima hari berbanding pihak lawan.

Sementara Singapura pula baru selesai mengharungi aksi ketiga pada Selasa lalu apabila terpaksa akur tumpas 2-3 kepada Thailand meskipun tampil garang mendahului di awal permainan.

Ad

Menurut Pau Marti, setelah 3 aksi dihadapi yang penuh liku, beliau jelas teruja untuk kembali ke Malaysia dan mengambil peluang untuk menilai pasukan sebelum layak ke separuh akhir.

Ad

”Sangat teruja untuk kembali ke Bukit Jalil untuk aksi kali ini selepas beberapa hari yang penuh naik turun serta pelbagai perkara yang berlaku,” komen Pau Marti di sesi sidang media.

”Kami mahukan situasi seperti ini bagi menilai diri kembali untuk layak ke separuh akhir dan tidak sabar untuk bertemu peminat esok dan mendapatkan 3 mata untuk mara.”

Ad
Ad

Tambah beliau, dengan segala perkara yang berlaku sebelum ini, fokus Pau Marti dan barisan kejurulatihan hanyalah untuk membimbing pemain dan merangka strategi terbaik bertemu Singapura.

Ad

”Bagi saya, saya tak tahu apa sebab mahu diumumkan jurulatih baharu ketika kami masih ada di sini tetapi kami tidak mampu ubah dan kawalnya,”

”Perkara yang kami boleh kawal adalah apa yang dilakukan di dalam latihan serta dapatkan yang terbaik daripada pemain, pastikan mereka bersedia dan rangka pelan untuk tewaskan Singapura.”

Oleh itu, Pau Marti tidak mahu terlalu berfikir mengenai isu yang berlaku kerana ini akan merisikokan perjuangan skuad negara yang kini dalam misi hidup mati dalam kejohanan ini.

”Jika kita mengambil banyak masa memikirkan perkara yang berlaku ketika ini, saya rasa kita akan berdepan kesukaran untuk bersaing (menentang Singapura).”

Pertemuan Malaysia vs Singapura dijadualkan berlangsung pada Jumaat, 20 Disember di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan sepak mula tepat jam 9 malam.