Advertising
Skuad Futsal JDT Belasah Negeri Sembilan United
UltraSukan
UltraSukan
JDT Futsal

Juara Divisyen 1 Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2024, Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rentak kemenangan dalam aksi pra-musim dengan membelasah Negeri Sembilan United 4-0.

Selepas meraih gelaran berganda pada 2024, JDT yang dibimbing Juan Antonio Miguel Garcia terus mengatur persiapan untuk kempen MPFL 2025.

Ad

Selain mengekalkan khidmat dua tonggak import iaitu Bruno Taffy dan Caio Cesar Garcia Rego, Harimau Selatan turut merekrut Syed Aizad Daniel Syed Nasir.

Ad

Meskipun menentang Negeri Sembilan United yang beraksi dalam Divisyen 2 MPFL, JDT tetap mempamerkan aksi terbaik di Damansara.

Aksi pra-musim itu berakhir dengan kemenangan 4-0 buat Harimau Selatan. Ini kemenangan terbaru JDT selepas sebelum ini menewaskan Gombak TOT United 5-1 dalam satu lagi aksi pra-musim pada 15 Januari lalu.

Ad

Selain JDT, Negeri Sembilan United turut menjadi lawan pra-musim Pahang Rangers FC baru-baru ini. Aksi tersebut berakhir dengan kemenangan besar pelawat dengan keputusan 12-2.

Ad

Aksi tersebut turut dimanfaatkan pengendali Pahang Rangers, Luis Fonseca untuk memperkenalkan tonggak import baru pasukan itu, Matheus Moura.

Ad