Ads
Son Heung-min Risau Padang Di Korea Makin Teruk
Asia
Korea FA

Kapten Korea Selatan, Son Heung-min berharap keadaan padang di Stadium Piala Dunia Seoul bertambah baik menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2026 seterusnya.

Advertisements

Kebimbangan ini dibangkitkan Heung-min selepas melihat padang Kompleks Sukan Sultan Qaboos, Oman jauh lebih baik daripada padang di Korea Selatan.

Advertisements

Keadaan padang yang lebih baik membantu Pahlawan Taeguk mencipta kemenangan sulung dalam Kumpulan B ke atas Oman pada 10 September lalu.

Advertisements
Advertisements

Hwang Hee-chan meletakkan Korea Selatan di hadapan pada minit ke-10. Oman kemudiannya menyamakan kedudukan 1-1 menerusi gol sendiri Jung Seung-hyun pada minit akhir babak pertama.

Heung-min kembali meletakkan Pahlawan Taeguk di hadapan pada minit ke-82. Peledak berbisa Ulsan HD, Joo Min-kyu memastikan kemenangan milik Korea Selatan dengan gol pada minit ke-93.

Advertisements

Heung-min mengakui keadaan padang Kompleks Sukan Sultan Qaboos yang baik membantunya lebih berkeyakinan di atas padang. Beliau berharap keadaan padang di Stadium Piala Dunia Seoul dapat ditambah baik demi manfaat pasukan Korea Selatan.

“Rumput (Kompleks Sukan Sultan Qaboos) sangat bagus di mana ini membuatkan saya lebih yakin bermain. Saya harap rumput di gelanggang sendiri (Stadium Piala Dunia Seoul) dapat ditambah baik,” katanya kepada media selepas perlawanan seperti yang dilaporkan News1.

Keadaan padang stadium yang kurang elok menyukarkan Korea Selatan mempamerkan corak permainan pantas yang dimahukan jurulatih, Hong Myung-bo.

Faktor ini juga membantu Palestin mencipta kejutan dengan mengikat Pahlawan Taeguk tanpa jaringan dalam aksi pertama Kumpulan B pada 5 September lalu.

Meskipun Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) mempunyai pilihan stadium lain sebagai alternatif, ini dijangka tidak berlaku. Ini kerana Stadium Piala Dunia Seoul memiliki kapasiti 60,000 penonton dan dianggap stadium ikonik buat peminat bola sepak Korea.

Sebarang usaha untuk menambah baik kualiti padang sebelum perlawanan kelayakan seterusnya pada Oktober ini dijangka sukar. Ini kerana Stadium Piala Dunia Seoul turut digunakan sebagai venue konsert K-Pop pada akhir September ini.

Advertisements

Korea Selatan bakal berdepan Jordan untuk aksi kelayakan seterusnya di Amman pada 10 Oktober ini. Ini disusuli aksi menentang Iraq di Seoul pada 15 Oktober.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram