Advertisement
Sri Lanka Jumpa Pemain Warisan Ke-13 Dari Chelsea
Asia
MakanBola
FAM/ Chelsea FC

Pasukan kebangsaan Sri Lanka dikhabarkan berjaya mengesan pemain warisan berbisa ke -13 yang pernah digilap oleh Chelsea.

Pasukan ke-203 dunia itu menjadi bualan ramai selepas kehadiran hampir 12 orang muka baharu yang memberikan persaingan hebat dalam skuad pada aksi persahabatan Tier 1 FIFA, November lalu.

Sri Lanka bimbingan Abdullah Al-Mutairi berjaya mengejutkan Yaman apabila melakar kemenangan 1-0 hasil jaringan tonggak kacukan Australia, Jack Hingert pada minit ke-88.

Perkhabaran terbaru yang dikongsikan oleh laman Football Legionnaires melaporkan bahawa Sri Lanka berpotensi untuk menerima sentuhan seorang lagi tonggak warisan dari Chelsea.

Pemain yang dimaksudkan itu ialah pertahanan kental Eropah, Xavier Simons yang kini beraksi buat Hull City.

Tonggak berusia 21 tahun itu merupakan bekas pemain Akademi Chelsea sekitar tahun 2019 didakwa memiliki pertalian darah yang membolehkan beliau mewakili Sri Lanka.

Xavier juga merupakan watak penting buat England B-19 dan memiliki nilai pasaran mencecah 700,000 Euro (RM3.26 Juta) sungguhpun hanya beraksi di Divisyen dua England.

Sebelum ini, kem Sri Lanka telah pun diwarnai hampir 12 orang pemain dari Eropah seperti Jerman dan juga England termasuklah beberapa pemain dari Australia.

Antara pemain yang dimaksudkan ialah Jason Thayaparan yang kini berkelana di Jerman besama Eintracht Trier (Divisyen 4), Leon Perera di LSK Hansa (Divisyen 6), Claudio Kammerknecht (Dynami Dresden), Anujan Rajendram di Strindheim TF iaitu liga Divisyen tiga Norway.

Bukan itu sahaja, terdapat juga watak serangan seperti Oliver Kelaart turut beraksi di Eropah bersama Haukar di Iceland, Dillon De Silva di England memperkuat Sutton United termasuklah Sam Durrant yang merupakan bekas pemain Akademi Liverpool dan juga Adhavan Rajamohan bersama IFK Haninge di Sweden.

Malaysia berada dalam Balang 2 Kelayakan Piala Asia 2027 sementara Sri Lanka Balang 4 dengan hanya juara kumpulan bakal layak ke pentas tertinggi Asia itu.