Status saham antara dua tonggak berbisa Harimau Malaya, Facundo Garces dan juga Dion Cools mencuri tumpuan.
Skuad kendalian Peter Cklamovski mengharungi dua aksi persahabatan menentang pasukan ke-72 dunia, Cape Verde menjelang aksi 10 Jun ini.
Pasukan kebangsaan bagaimanapun tewas 0-3 ada aksi persahabatan tertutup sekali gus memberikan peluang untuk barisan kejurulatihan menambah baik prestasi semasa pasukan.
Perlawanan berdepan Bintang Pahlawan Emas itu disusuli kehadiran beberapa tonggak berstatus besar termasuklah bintang La Liga, Facundo Garces.
Pemain berusia 25 tahun itu beraksi pada posisi pertahanan tengah dan sudah pun turun berlatih bersama pasukan kebangsaan baru-baru ini termasuklah kapten negara, Dion Cools.
Berdasarkan kemas kini laman Transfermarkt, Garces dinilai pada tanda harga 1.2 Juta Euro (RM5.8 Juta) sekali gus menjadi tonggak termahal pasukan kebangsaan ketika ini.
Bekas pemain Buriram United, Dion Cools juga berada pada kedudukan kedua tertinggi dalam carta pemain paling bernilai Malaysia iaitu pada tanda harga 1 Juta Euro (RM4.8 Juta).
Garces kelahiran Argentina telah beraksi sebanyak 10 perlawanan di La Liga musim ini manakala pemain kacukan Belgium-Malaysia itu beraksi 53 perlawanan dalam semua kejohanan bersama Thunder Castle.
Malaysia bakal melayan kunjungan Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil bagi aksi kedua Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027 pada 10 Jun ini.