SUKMA: Selangor Hampiri Kilauan Emas, Kecewakan Pulau Pinang
UltraSukan
Majlis Sukan Negeri Selangor
Sponsors

Aksi separuh akhir futsal Sukan Malaysia (SUKMA) pada Rabu menyaksikan Selangor menempah tiket ke pentas akhir setelah menewaskan Pulau Pinang.

Kedua-dua pasukan mencatatkan kemenangan di suku akhir Isnin lalu dengan Selangor bangkit singkirkan Melaka dan Pulau Pinang mengejutkan Pahang melalui penentuan penalty shootout.

Ad

Tonggak kebangsaan, Syahir Iqbal Khan mengetuai senarai pemain Selangor manakala Pulau Pinang mempertaruhkan Izzul Hafiz di pintu gawang pasukan.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by SUKMA Selangor Futsal (@sukmaselangorfutsal)

Turun berjersi merah, Selangor hampir membuka tirai gol seawal minit pertama namun percubaan kaki kiri daripada Syahir sekadar mengenai tiang gol Pulau Pinang.

Ad

Jaringan yang dicari akhirnya tiba menerusi Zulkifli Abu Hassan yang mudah menampan bola ke gawang Pulau Pinang hasil umpanan Syahir Iqbal pada minit kelima.

Ad

Pulau Pinang berusaha bangkit memburu gol penyamaan dengan deretan percubaan dilakukan namun aksi tangkas Addin Naufal mengecewakan pemain Pulau Mutiara itu.

Ad

Separuh masa pertama tamat, Pulau Pinang 0-1 Selangor.

Tiga minit bersambung babak ke-2, Selangor terus selesa di hadapan dengan gol kedua menerusi rembatan kencang Syahir Iqbal yang gagal diselamatkan oleh Izzul Hafiz.

Syahir Iqbal terus menambah derita Pulau Pinang dengan gol ketiga Selangor yang juga jaringan kedua peribadinya dalam perlawanan ini pada minit ke-32 untuk menjadikan skor 3-0.

Aksi di Stadium Tertutup Samarahan berakhir dengan kemenangan 3-0 memihak Selangor.

Kemenangan ini membawa Selangor mara ke perlawanan penentuan pingat emas dan bakal bertemu pasukan tuan rumah, Sarawak pada Jumaat.