Syihan Hazmi Bakal Sertai JDT?

Syihan Hazmi Negeri Sembilan Piala Malaysia MFL Syihan Hazmi Bakal Sertai JDT?
Foto: MFL
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Dengan kekalahan Negeri Sembilan di suku akhir Piala Malaysia, ini merupakan kali terakhir Syihan Hazmi menyarung jersi negeri tersebut. Dan khabarnya Syihan sedang diintai oleh JDT.

Khabar ini berdasarkan beberapa ciapan yang menyatakan penjaga gol kebangsaan itu bakal berpindah ke sebuah pasukan gergasi Liga Malaysia musim depan.

Jika benar perkhabaran ini, Syihan bakal bersaing dengan Farizal Marlias & Mohd Izham Tarmizi sebagai penjaga benteng terakhir Harimau Selatan.

Pasukan Hoben Jang Hoben bimbingan K. Devan sudah membuat persiapan bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkannya.

Negeri Sembilan merancang membawa masuk Tauffiq Ar Rasyid (Sarawak United) dan Firdaus Irman (PDRM) bagi merebut slot penjaga gol utama pasukan yang ditinggalkan Syihan.