Ads
Syihan Hazmi Buktikan Keputusannya 3 Tahun Lalu Tepat
Liga Super
Johor Southern Tigers

Penjaga gol utama Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Harimau Malaya, Syihan Hazmi membuktikan bahawa keputusan yang dibuat pada tiga tahun lalu adalah satu keputusan yang tepat.

Advertisements

Pada tahun 2021, Syihan yang pada ketika itu mewakili pasukan Petaling Jaya City FC (PJ City) hanya diturunkan tiga kali sahaja bagi musim 2021.

Advertisements

Syihan terpaksa bersaing dengan penjaga gol yang menampilkan aksi memukau pada ketika itu iaitu Kalamullah Al-Hafiz yang turut mewakili PJ City pada musim yang sama.

Advertisements
Advertisements

Selepas kurang mendapatkan minit permainan di PJ City, Syihan berhijrah ke Negeri Sembilan FC pada musim 2022 bagi merebut posisi penjaga gol utama pasukan itu yang pada ketika itu turut mempunyai dua penjaga gol berpengalaman iaitu Muhaimin Mohamad dan Kaharuddin Abdul Rahman.

“Syihan mengakui bergelut untuk merebut posisi penjaga gol utama bersama PJ City FC pada musim ini apabila perlu bersaing dengan Kalamullah Al-Hafiz menyaksikan peluangnya untuk beraksi adalah tipis.

Advertisements

“Namun, penghijrahannya ke pasukan yang menjuarai Liga Premier 2021 ini diharap mampu membuka lebih banyak peluang untuk bekas pemain Skuad Bawah 23 Tahun Negara ini mendapatkan lebih banyak minit permainan,” lapor MFL.

Syihan tidak menunggu lama untuk mempamerkan aksi terbaik di Negeri Sembilan. Kecekapannya membuatkan JDT jatuh hati dan terus melamar Syihan bagi menjaga gawang JDT untuk musim 2023.

Kini Syihan telah merangkul deretan piala bersama JDT. Malah, sehingga kini, beliau masih mengekalkan posisi sebagai penjaga gol utama JDT dan penjaga gol pilihan pertama skuad kebangsaan.

Advertisements

Segalanya telah terbukti bahawa keputusan Syihan untuk berhijrah pada musim 2022 adalah satu keputusan yang tepat bagi mengembangkan bakatnya agar menjadi salah seorang penjaga gol terbaik dalam arena bola sepak tempatan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram