Tawaran Kontrak Nafuzi Zain Dihantar Oleh Kitman
Dunia
Terengganu Football Club
Advertisements

Jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain mengakui terkejut selepas menerima kontrak baru bersama TFC yang dihantar oleh kitman pasukan.

Bila diminta mengulas perkara berkenaan, Nafuzi berkata, “Saya menerima surat tawaran lanjutan kontrak yang bertarikh 27 Otober itu pada 29 Oktober lalu dan hanya diserahkan di padang latihan oleh kitman pasukan.

“Sebagai pasukan profesional, itu tidak sepatutnya berlaku dan mereka patut memanggil saya untuk berbincang persiapan pasukan musim depan.

Advertisements

“Namun, itu tidak terjadi. Tiada sebarang pertemuan dengan pihak pengurusan sehingga kini dan indeks prestasi utama (KPI) juga diletakkan tanpa berbincang dengan saya.

“Saya akan menyerahkan surat jawapan berkenaan tawaran itu esok (Ahad).”

Ini mengundang persoalan tentang masa depan Nafuzi bersama skuad Penyu walaupun beliau menegaskan hal itu hanya akan diulas selepas tamat kempen Piala Malaysia.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram