Terengganu Hilang 6 Tonggak Utama Hadapi JDT
MakanBola
Terengganu FC

Terengganu FC bakal turun menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) tanpa enam tonggak utama.

Ini berdasarkan perkongsian wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi selepas meninjau sesi latihan Peteh pada 10 April lalu.

Enam tonggak tersebut ialah Akhyar Rashid, Yann Mabella, Baqiuddin Shamsudin, Alif Zakaria, Safwan Mazlan dan Saiful Jamaluddin.

Akhyar dan Baqiuddin masing-masing masih menjalani pemulihan akibat kecederaan. Alif, Safwan dan Saiful pula perlu menjalani penggantungan perlawanan.

Mabella pula masih belum mencapai tahap kecergasan sepenuhnya selepas kembali menyertai sesi latihan Peteh pada Februari lalu.

Selain Akhyar dan Baqiuddin, pemangku jurulatih Terengganu, Tengku Hazman Raja Hassan turut memaklumkan pasukan itu juga terpaksa melupakan khidmat Shervoni Mabatshoev dan Haqimi Azim Rosli.

Shervoni mengalami kecederaan semasa beraksi untuk Tajikistan dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Filipina pada Mac lalu.

Haqimi juga terpaksa disisihkan akibat kecederaan. Kelibat penyerang Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) itu tidak kelihatan dalam sesi latihan Peteh yang dikongsikan pada 10 April lalu.