“Terima Kasih Kerana Faham Bahasa Inggeris Saya” – Hector Bidoglio
Dunia
Azri / MakanBola
Advertisements

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim, Hector Bidoglio membuat kejutan semasa sesi sidang media apabila beliau dilihat cuba bertutur dalam Bahasa Inggeris sekaligus mengejutkan para media yang hadir.

“Terima kasih kerana memahami Bahasa Inggeris saya,” seloroh Hector Bidoglio sejurus sesi sidang media tamat.

Beliau memulakan sesi sidang media dengan menjawab soalan pertama dalam Bahasa Inggeris dan ianya mengejutkan para wartawan yang hadir.

Advertisements

Setakat hari ini, belum pernah lagi media mendengar beliau berbahasa Inggeris dan beliau akan ditemani perterjemah untuk menterjemah soalan dan jawapan yang diberikannya.

Beliau dilihat berusaha bersungguh-sungguh untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris selain dilihat selesa memahami soalan yang dilontarkan dalam Bahasa Inggeris.

Tindakannya yang cuba menguasai Bahasa Inggeris ini wajar diberikan pujian kerana ia sedikit sebanyak akan mempermudahkan lagi sesi komunikasi di antara dirinya bersama para pemain dan media.

Advertisements

Dalam aksi timbal balik suku akhir TM Piala Malaysia 2022 di Stadium Sultan Ibrahim, JDT mudah menewaskan Kelantan 5-0 sekaligus mara ke separuh akhir dengan agregat 8-0.

JDT dijadualkan bertemu Sabah pada Selasa, 15 November ini di Stadium Likas dan perlawanan timbal balik pada Ahad, 10 November ini di Stadium Sultan Ibrahim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram