“Terima Kasih Kerana Percayakan Saya” – Mano Pölking
Dunia
Twitter/@manopolking
Advertisements

Kejayaan menjulang Piala AFF buat kali ketujuh beberapa hari lepas merupakan satu pencapaian menakjubkan buat skuad Thailand. Tetapi untuk edisi 2022, ia takkan berlaku tanpa sentuhan emas jurulatih mereka, Mano Polking.

Piala AFF 2022 menyaksikan skuad Gajah Perang yang dibawa Polking tidaklah sekuat pasukan yang memenangi edisi 2020. Beberapa tonggak utama tidak dapat menyertai pasukan kebangsaan termasuk pemain tengah menyerang Kawasaki Frontale, Chanathip Songkrasin.

Tetapi perancangan taktikal yang dibawa Polking sepanjang kejohanan membolehkan Thailand menjadi pemenang Piala AFF paling banyak dalam sejarah.

Advertisements

Bagi jurulatih berdarah Brazil-Jerman itu, semua ini takkan berlaku tanpa sokongan pengurus pasukan Nualphan Lamsam atau Madam Pang dan Presiden FAT, Jen. Dr. Somyot Phumpanmuang.

Dalam ciapannya di Twitter hari ini, beliau berkata, “Dan sekarang, saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada orang-orang yang tidak pernah meragui saya dan bertanggungjawab memberi peluang hebat kepada saya bergelar jurulatih negara yang saya sayang dan kagumi!!

“Terima kasih K. Pang (Madam Pang) dan Jen. Somyot (Phumpanmuang). Anda berdua sentiasa mempercayai saya dan saya akan sentiasa berjuang untuk anda berdua.”

Advertisements

Ramai penyokong berharap bekas jurulatih Bangkok United itu kekal sebagai pengendali Gajah Perang. Ini ditambah dengan cita-cita Polking yang mahu melihat Thailand menjulang Piala Asia selepas berada dalam kelas tersendiri dalam kalangan pasukan-pasukan ASEAN.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram