Thailand Ke Final, Kuburkan Skuad Muda Australia
MakanBola
Changsuek
Sponsors

Thailand menempah tiket ke pentas final apabila menguburkan skuad muda Australia.

Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dengan misi untuk melangkah ke peringkat akhir kejohanan.

Ad
Sponsors

Skuad Gajah Perang mendapat tonik awal hasil kesilapan pelik penjaga gol Australia, Peraic-Cullen pada minit ke-5 yang gagal menahan bola seterusnya masuk ke dalam gawang.

Ad

Australia menggandakan asakan ke arah kubu Thailand untuk mencari jaringan penyamaan namun dilanda kenuntuan.

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 1-0 memihak Thailand.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by ช้างศึก ฟุตบอลทีมชาติไทย 🇹🇭 (@changsuek)

Ad

Bersambung babak kedua, Australia kelihatan begitu terdesak untuk mendapatkan jaringan bagi menekan Thailand.

Ad

Dominasi bagaimanapun memihak kepada anak buah Issara Sritaro yang terus menguasai sebahagian besar perlawanan sungguhpun beraksi dengan 10 pemain.

Tambahan masa 6 minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.

Thailand mengesahkan tempat di final dengan Indonesia atau Malaysia bakal menjadi lawan pada 29 Julai 2024.