Tiket Penyokong Malaysia Habis Terjual
MakanBola
Malaysia NT

Kehangatan aksi terakhir peringkat Kumpulan B ASEAN Hyundai Cup 2026 antara Malaysia bertemu Filipina kian membara, tatkala jualan tiket telah pun habis dijual buat para penyokong tuan rumah.

Perlawanan terakhir ini bakal berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras telah mendapat sambutan tinggi bagi menyaksikan pertembungan yang penuh dramatik ini bagi merebut tempat ke separuh akhir.

Stadium yang terletak di Kuala Lumpur itu mampu menampung kira-kira 18,000 orang penonton dipilih bagi menggantikan TM Stadium Nasional berikutan kerja-kerja penggantian trek balapan bagi persiapan Sukan SEA 2027.

Anak buah Tan Cheng Hoe semestinya sedang membuat persiapan terbaik dari segi mental dan fizikal untuk beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong sendiri bagi melayakkan pasukan ke separuh akhir Piala Hyundai ASEAN 2026.

Tiket yang dijual bagi perlawanan ini dilaporkan sudah pun habis terjual bagi para penyokong Harimau Malaya.

Namun, para penyokong pelawat, Filipina masih boleh mendapatkan tiket vs Malaysia yang masih belum terjual sepenuhnya.

Aksi Malaysia vs Filipina dijadualkan berlangsung pada 8 Ogos jam 9 malam di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.