Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris hari ini tampil menjelaskan berkenaan bantuan yang pernah beliau salurkan kepada pasukan Selangor FC.
Menurut TMJ, baginda pernah memberi sumbangan kepada pasukan Selangor suatu masa dahulu ketika Selangor dibawah kepimpinan Dato Subahan.
“Saya memberi bantuan pada masa Dato Subahan dulu. Zaman-zaman Selangor masih hebat dan champion.”
Tunku Ismail juga menzahirkan rasa teruja dengan kehadiran Raja Muda Selangor, Tunku Amir Shah yang sama-sama membantu menerajui Selangor FC ketika ini.
Dalam pada itu, TMJ turut menyifatkan bahawa pengurusan Selangor FC yang sekarang telah berada pada satu tahap terbaik dan membanggakan.
“Sekarang ni semenjak Raja Muda Selangor ambil alih dengan expert-expert bola sepak tanah air dan terima banyak bantuan duit daripada kerajaan maka mereka tak perlu bantuan. Syabas saya ucapkan,” ciap Tunku Ismail di laman rasmi Twitter miliknya.
Sebelum ini, Dr. Johan menafikan dakwaan bahawa Selangor FC menerima bantuan daripada pihak luar. Oleh kerana ciapan Dr. Johan itu tular, ada segelintir peminat bola sepak tempatan yang bertanyakan tentang perkara itu kepada TMJ.
TMJ tampil akhirnya memperjelaskan perkara tersebut.