Dunia
Facebook: Johor Southern Tigers
Advertisements

Dalam kehangatan saingan Liga Super Malaysia 2021 yang berbaki lagi 3 perlawanan, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris hari ini memuat naik satu kenyataan berkenaan status penyerang kebangsaan negara, Syafiq Ahmad di kelab tersebut.

Dulu Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Idris (TMJ) menzahirkan rasa teruja buat seluruh peminat bola sepak tanah air khusunya penyokong JDT dalam satu kenyataan di Instagram miliknya.

Terdahulu TMJ turut mengulas berkenaan ciapan Syafiq Ahmad yang meluahkan rasa kecewanya setelah gagal mendapat tempat bermain di kelab Harimau Selatan itu sejak sekian lama. Tunku Ismail sudah menjelaskan secara terperinci berkenaan situasi yang berlaku di kelab tersebut.

Advertisements

Terbaru menerusi ‘Instagram story’ beliau, TMJ menyatakan bahawa beliau baru sahaja selesai menghubungi Syafiq dan berbincang mengenai perkembangan pemain itu.

“Kepada penyokong JDT dan yang ramai bukan penyokong JDT. Saya baru berbual dengan
Syafiq Ahmad”.

TMJ menambah bahawa Syafiq Ahmad akan diturunkan dan bermain apabila beliau sudah bersedia sepenuhnya.

“Syafiq Ahmad akan bermain apabila dia ready, angkat piala, dan “bakar mercun.”

4F14AA18 F1F4 40C0 89CD A6019F27C0D9 TMJ: Syafiq Ahmad Akan Bermain Apabila Dia Bersedia, Angkat Piala Dan Bakar Mercun

Ini sekaligus menggambarkan situasi antara penyerang tersebut dan juga TMJ yang dilihat seperti sudah selesai setelah Syafiq membuat permohonan maaf secara terbuka.

Advertisements

Johor Darul Ta’zim bakal merangkul gelaran juara Liga Super Malaysia lapan kali berturut-turut jika mereka berjaya menamatkan liga pada kedudukan teratas pada musim ini. Setakat ini, JDT kekal menerajui carta Liga Super Malaysia dengan mengumpul sebanyak 48 mata sepanjang 19 perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram